1. Buat satu entry bertajuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY
dan masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut
2.Follow Blog Bicara Mak Dara
3. BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM
4. Setelah Siap, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini.
Hadiahnya juga sangat menarik. Kalau ada rezeki menang, dapat la shopping barang kemas hujung-hujung tahun ni, ye tak? Ha-ha... Who's know I might win, right?
Tajuknya...
Aku & Malaysia
Okay, tajuk tanpa penerangan kadang-kala susah nak ditafsirkan. Jadi Yaya sertakan sikit konsep dan plot cerita ni macam mana!
Kalau diikutkan sekarang ni banyak sangat cerita cinta-cinta sesama manusia, jadi tak salah rasanya kalau kita cuba mendidik penonton sambil berhibur, kan? Cerita yang berkonsepkan pengajaran dan mendidik anak bangsa pada masa yang sama! Macam diari kehidupan anak rantau yang menyambung pelajaran di luar negara. Tetapi mungkin kos akan tinggi, jadi kita buat yang sebaliknya iaitu tentang pertukaran pelajar luar negara yang datang ke Malaysia (sekarang kan banyak pelakon yang pan-Asian, sesuai sangat la kan!). Sambil memperkenalkan sistem pendidikan di Malaysia (universiti), boleh juga memperkenalkan tempat-tempat perlancongan, makanan dan budaya di Malaysia kononnya watak utama pergi melancong/melawat ke tempat-tempat berkenaan. Makanan selalunya senang menarik minat penonton.
Pada masa yang sama, macam tak logik la kalau dia pergi sorang-sorang, kan? Jadi, selaras dengan dunia teknologi sekarang, mungkin dia berkenalan dengan kawan-kawan daripada Facebook dan Blog. Di sini, kita boleh tampilkan blogger-blogger di tempat-tempat yang berlainan untuk pengambaraan travel tu. Jadi di sini, kita nampak penyambungan dan logik cerita ni. Blogger-blogger sekarang memberi impak yang besar terutamannya kepada remaja-remaja, jadi dengan penampilan istimewa blogger-blogger ini dapat menarik perhatian mereka untuk menonton cerita ni.
Sekian!
0 peoples winked at me:
Post a Comment