Sebagai pembuka kata....
Saya, Cik Ct Not Halipan (bukan nama sebenar) merasmikan blog ini!!
*throwing confetti*
Ecece poyonya....fufufu~
Bukan poyo tapi sudah lama nak buat blog tapi oleh kerana kemalasan yang melampau untuk menulis a.k.a menaip idea-idea yang sebenarnya dah lama mencurah, tercurah, dan dicurah dari langit menimpa kepala ni sampai tak tertanggung (ok fine..memang saya malas dalam semua hal). Padahal orang lain dah lama pong pang pong pang mengarang dalam blog macam jawab esei BM SPM yang 500 patah perkataan tu. Dan followers dah cecah ribu-riban sampai tak boleh nak kira walaupun kira guna jari kaki tangan dan kaki, tapi Yaya baru nak mula tekan butang-butang kat keypad ni 100 patah perkataan pon belom tentu boleh. Haha sangat tak up-to-date.
Tapi itulah, Yaya memang tak berapa nak ikut perkembangan semasa. Waktu orang lain tengah hot and angau dengan Facebook dan account social network yang lain, Yaya masih malas nak buat. Alasannya mudah saja, kalau Friendster (zaman ramai lagi orang layan Friendster tu) Ok sambung cerita.... Kalau Friendster pon tak larat nak bela inikan pula nak buka account Myspace, Facebook, Tumblr, Twitter dan sewaktu dengannya. Ohoho.
Tapi sekarang Yaya dah ada account Facebook, orang lain tengah gilakan Twitter, Google+ etc la pula...
*Hrmm, lambat lagi la aku nak ada segala bagai account ni...*
Oleh itu, mulai hari ini Yaya akan merajinkan diri mengekspresikan menda-menda yang Yaya rasa menarik. Blog ni kan orang kata macam diari. Boleh jadi terapi diri bila tension dengan masalah negara dan dunia. Woaho!
Peace out, guys~
0 peoples winked at me:
Post a Comment