Thursday 15 September 2011

Ada Apa Dengan Hari Malaysia?

Mumbling by YAYA at 17:45

Hey, it's me again! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Eh ... eh  silap pula! Itu Hari Merdeka....

Jadi, apa itu Hari Malaysia?!
(Sila guna nada seperti Incik Dato' Jalaludin Hassan): "Erm ... erm ... Hari Malaysia ni berdasarkan Mr. Wiki ialah hari dimana rakyat Malaysia celebrate menyambut hari penggabungan Tanah Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan juga Singapura."


Woaho! Tiba-tiba jadi cekgu Sejarah la pula! Kalau salah, marahkan Mr. Wiki ye ... dia yang cakap, I tak cakap ... cer klik-klik kat SINI. Banyak dah wishes untuk Hari Malaysia tengah terapung-apung atas talian ni. Antaranya: 


Ada banyak lagi posts tentang Hari Malaysia ni, tapi korang cari sendiri la kot. google la sendiri...hamboi-hamboi semua nak kena suap ke? haha. Ok, mesti readers pelik kenapa Yaya pon sibuk-sibuk nak post juga tentang Hari Malaysia ni. Kak Tipah, Abang Mat oiiiii ... mesti la Yaya pon excited nak post juga sebab Hari Malaysia = CUTI UMUM!! Haha best ooo cuti bagi orang yang dah bekerjaya (kerja je sekarang berjayanye belum lagi kot) macam Yaya ni ...


Lawak-lawak juga, tapi sempena Hari Malaysia ini saya meminta maaf pada sesiapa yang terasa hati dan tak sempat Yaya nak mintak maaf time raya hari tu ...Yaya ni memang kadang-kadang mulut laser tak boleh nak tapis guna penapis teh (haha banyak betul dosa aku..tak habis-habis minta maap dari bulan puasa sampai sekarang). Selain itu, nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yang banyak bersabar dengan peragai Yaya yang gila-gila ni. Kita kan 1Malaysia ... haha tak mau kecik-kecik hati hokey! Mesej ni sempena menyokong kempen "Sorry and thank you" khas untuk Hari Malaysia. Sila klik-klik SINI untuk keterangan lebih tepat dan jitu ... haha~

p/s: Selamat Hari Malaysia!!! Seronoknya cuti!!!

credit gambar pada En. Google...Mekasih...mekasih...mekasih~ 

0 peoples winked at me:

Post a Comment

 

yaya Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea