Thursday 3 November 2011

Bila susah-susah ni la gunanya kawan!

Mumbling by YAYA at 08:30
Aww... my BFF!! (kredit: Mr Google)
Pernah ada kawan yang paling memahami? Kawan sehidup semati? And and paling familiar BFF?

Pernah dengar quote seperti ni-->“Bila time susah-susah ni la gunanya kawan..haha.” Dan inilah yang selalu terjadi dalam masyarakat kita. Hanya nampak kawan-kawan time SUSAH sahaja. Time SENANG mana??!! Mungkin kita perasan atau tidak saja.

CONTOH

Dan dalam masa sebulan tu, facebook notication kita penuh dengan status:
A: Sesungguhnya berkasih-kasih sebelum mempunyai ikatan yang sah adalah haram. Hanya sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan~

A: Kawan-kawan lagi penting daripada buah hati. Hargailah mereka.

A: Seronoknya hari ni keluar dengan member-member. Best sangat!!!!! Nanti kita pergi lagi ek, guys!

...etc

Sepanjang waktu itu la kita sangat dihargai. Makan sekali, shopping sekali, sms dan call tiap-tiap setengah jam, status facebook pon penuh dengan status si A menghargai kawan-kawan, melambung-lambung puji andalah kawan terbaik pernah dia ada dan share post keagamaan tentang keburukan bercouple dan lain-lain. Wah-wah, baru break up dengan pakwe, tiba-tiba dah bertukar jadi ustaz/ustazah. Untuk memperingati diri sendiri dan rakan-rakan memang bagus(Tidak ada niat hendak halang pon). Sampai tegur kawan-kawan lain yang pergi dating pegang tangan, peluk-peluk. Tapi kenapa baru sekarang? YA, KENAPA SEKARANG?? Time ada pakwe dulu engkau pon sama naik je pegang tangan, peluk-peluk, keluar dating dari pagi sampai pagi esok baru tahu jalan balik.

Okey, fine! Kita fikir positif la yang kawan kita, si A ni dah insaf. So, kita pon kata dengan nada gumbira, “Ermm... ada hikmah dia break up. Dia makin dekat dengan Tuhan dan kawan-kawan~”

Tapi selepas sebulan dia bagitahu anda yang dia ada “rapat” dengan seorang "handsome boy" ni. Tup tup dengar dia dah couple dengan "handsome boy" yang dia baru kenal tu, itupun dari mulut member yang lain sebab kantoi dating kat *** Mall. Pergh... dulu time lepas break up, pergi mana-mana sekali, everything buat sms/call bagitau. Ini engkau dah couple, terus senyap tak cakap apa-apa. BFF la sangat kan! Mana artikel-artikel tentang keburukan couple-couple ni yang engkau pegang sangat tu? Engkau dah habis tegur semua member yang kapel and pantang jumpa couple kat tepi jalan pon nak kasi ceramah sekali. Mana janji-janji kononnya kawan la segalanya?? Sekarang sampai nak jumpa time weekend pon asyik busy ke sana ke sini dengan "handsome boy" engkau tu. Engkau tak rasa ke macam engkau jilat balik apa yang engkau pong pang pong pang kutuk dulu? Bukanlah nak kata diri kita ini sempurna, tetapi sebelum nak keluarkan auta-auta bullshit engkau tu(kenapa auta bullshit? Sebab, engkau pon tak amalkan apa yang engkau kata!), at least cermin la diri. Kang tak pasal-pasal kena baling balik ayat-ayat "memperingati diri dan rakan-rakan" dekat diri sendiri!


p/s: Kawan cuma penting time susah je... Time senang?
p/s/s: Diri ini pon bukanlah perfect. Jadi susah hendak menegur kawan-kawan kecuali mereka yang ingin mendapatkan pendapat kerana mereka sepatutnya sudah matang dalam berfikir bersesuaian dengan umur masing-masing. Tapi nampak gayanya, tekaan tu salah! Woaho~

-Another Story of My Life-

0 peoples winked at me:

Post a Comment

 

yaya Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea